Pada
suatu masa dahulu, seekor ibu itik mengeram enam biji telur. Tidak lama
kemudian, satu per satu telur itu menetas dan keluarlah anak itik yang comel
serta berbulu kuning. Tetapi satu telur yang agak besar menetas dan anak itu
itu berwarna kelabu!
“
Sungguh hodoh rupamu!” ibu itik berkata.
Ibu
itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia melompat ke dalam air dan
anak itik juga turut bersama. Kemudian ia membawa anak-anaknya berjumpa
binatan-binatang yang lain di ladang itu.
Semua
binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak iti yang comel itu. Tetapi mereka
mentertawakan anak itik yang besar dan berwarna kelabu itu. Ia diejek dan
dihalau dari situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh sedih. Ia tidak ada
kawan dan tidak ada tempat tinggal.
Pada
keesokkan harinya, semasa semua binatang masih tidur nyenyak, ia berjalan
keluar dari pintu pagar ladang itu. Apabila hampir senja, beberapa itik liar
datang ke tempat itu tertawakannya dan berkata, “ Pergi kamu dari sini!
Hodohnya kamu!”
Sekali
lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari situ. Ia sampai pada
sebuah pondok. Ia berasa lapar dan letih lalu meminta ayam membenarkannya
tinggal di situ. Ayam juga memberikannya makanan.
Ayam
bertanya, “ Bolehkah kamu bertelur?”
“Tidak,
“ kata itik itu.
“
Bolehkah kamu mengejar tikus?” Tanya kucing.
“Tidak,
“ kata itik itu.
“Kalau
begitu kamu mesti pergi dari sini,” kata ayam dan kucing.
Sekali
lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun tiba dan cuaca bertukar menjadi
sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi
ais. Itik itu memandang kelangit dan melihat sekumpulan burung yang sangat
cantik berterbangan di udara. Burung-burung berbulu putih itu besar dan
berleher panjang.
“Alangkah
bagusnya jika aku seperti burung-burung itu,” ia berkata di dalam hatinya.
Pada
keesokan harinya, seorang petani yang baik hati terjumpa itik itu di atas tanah
beku dan membawanya pulang. Anak itik berfikir bahawa ia sudah selamat berada
disitu. Pada petang harinya, anak petani itu bermain dengannya dan membawanya
ke perigi. Dia terlalu kasar sehingga anak itik itu menjadi takut. Anak itik
itu pun melarikan diri dari ladang.
Anak
itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang berumput panjang. Ia berasa
selamat di situ. Ia tinggal di situ sehingga matahari mula bersinar semula.
Anak
itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia terkejut apabila melihat sayapnya
sudah menjadi putih. Ia berasa seperti dirinya boleh terbang dan akhirnya ia
terbang tinggi di langit!
Apabila
ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di dalam air. “ Alangkah cantiknya
burung itu,” fikirnya.
Tiga
ekor burung putih berleher panjang sedang berenang berhampiran.
Burung-burung
itu melihatnya dan berkata, “Wah ! awak seekor angsa yang tampan. Marilah
berenang dengan kami.”
“Apa?
Aku seekor angsa?”
“Ya,
tengoklah rupa dirimu dalam air,” kata burung-burung itu.
Itik
hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
“ Aku
seekor angsa! Aku memang seekor angsa!” ia menjerit dengan gembira.
Semenjak
hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia tidak lagi sunyi.
Pengajaran:
Jangan memandang rendah pada orang lain hanya kerana fizikal mereka berbeza. Pemberian Allah tiada cacat celanya.
Usah terlalu merendah diri. Yakin diri. Sentiasa percaya bahawa diri kita hebat.
Jika kita berbeza daripada orang lain, anggap sahaja diri kita unik. Usah malu.
Sentiasa tanamkan cita-cita. Tidak salah berangan-angan, tetapi harus disusuli dengan usaha.
No comments:
Post a Comment