Alkisah sebuah hutan, tinggallah binatang-binatang yang hidup bermuafakat antara satu sama lain. Mereka saling tolong-menolong antara satu sama lain dan sentiasa hidup di dalam keadaan yang aman dan damai.
Pada suatu hari, tupai ingin mengadakan majlis hari jadi di rumahnya. Beberapa hari sebelum itu, ia telah sibuk melakukan persiapan untuk meraikan ulang tahun kelahirannya itu. Kad-kad jemputan juga telah diedarkan kepada isi hutan. Lagi pun si tupai sudah lama tidak bertemu dengan sahabat-sahabatnya dan ia amat merindui mereka. Si tupai beringin sekali untuk berjumpa dengan mereka dan bertukar-tukar pendapat.
Apabila tiba hari tersebut, si tupai kelihtan amat sibuk membersihkan halaman rumahnya dan menyusun kerusi meja. Daun-daun kering yang berselerakan di halaman rumahnya itu disapu dan dibakarnya. Setelah berpuas membersihkan halaman rumahnya, si tupai berkata di dalam hatinya, "sekarang semuanya dah bersih, dan sekarang tiba masanya untuk aku menyiapkan hidangan untuk para tetamu pula".
Dengan bantuan keluarga si tupai dalam menyediakan hidangan untuk sahabat-sahabatnya, si tupai pun mengeluarkan dan menghidangkan makanan yang siap dimasak itu di atas meja. Bermacam -macam jenis makanan yang dihidangkan oleh si tupai. Tanpa disedari si tupai yang sibuk menghidangkan makanan di halaman rumah, ada sepasang mata yang sedang mengintainya dari atas pokok. Setiap kali tupai membawa makanan dari dapur, setiap kali itulah seekor monyet di atas pokok itu akan menjadi gelisah.
Sebenarnya si monyet itu memang terkenal dengan sikapnya yang tidak suka bergaul dengan binatang lain dan suka mencuri. Si monyet menunggu peluang sehingga tupai itu siap menghidangkan makanan. Apabila si tupai masuk ke dalam rumahnya, monyet cepat-cepat turun dari pokok tempat persembunyiaannya. Kemudian dengan pantas sekali si monyet itu mencuri makanan yang ada di atas meja dan lari semula di belakang pokok melihat bagaimanakah reaksi tupai seterusnya.
Namun, si monyet tidak menyedari bahawa segala perbuatannya itu sedang diperhatikan oleh si tupai dari dalam rumah. Si tupai berkata bersendirian, "oh, si monyet rupanya yang mencuri makanan aku ini". Nanti tahulah aku ajar dia".
Dengan tidak membuang masa, si tupai mengambil alat penyembur dan menyemburkannya ke atas ke semua makanan yang terhidang di atas meja tersebut. Sambil bersiul-siul, ia melirik ke pandangan ke arah tempat persembunyian monyet.
Monyet terkejut besat, "apalah agaknya yang disemburkan oleh tupai"? Sudah tentu dia menyemburkan racun. Tentunya makanan aku juga sudah dicampurkan dengan racun. Aku tidak bodoh. Aku tidak mahu mati kerana si tupai, "kata si monyet tegas".
Si monyet terus membuang makanan-makanan yang masih di tangannya itu. "Mujur aku tidak sempat makan apa-apa. Dengan tergesa-gesa, ia meninggalkan tempat tersebut. "Baguslah sekarang monyet sudah pergi, tentu ia marah kalau tahu yang aku hanya menyemburkan air biasa, "kata tupai tersenyum puas".
Tupai berasa amat gembira kerana hari ini ia berjaya mengenakan monyet itu. Sambil tersenyum, ia menantikan kedatangan para tetamu dengan semangat sekali.
Tidak lama kemudian, kelihatan kawan-kawan tupai datang membawa hadiah untuk tupai. Apabila semuanya telah berkumpul, masing-masing sibuk bertanya mengenai si monyet. Tupai menceritakan segala yang berlaku pada kawan-kawannya itu. Mereka tertawa keriangan mendengar kisah monyet itu ditipu.
Gajah yang sedang sibuk makan berkata, "biarkan dia tahu bagaimana seksanya hidup tanpa kawan-kawan dan sering ditipu begini".
Tiba-tiba mereka melihat monyet datang dengan wajah yang muram. Ia terus mendapatkan tupai dan meminta maaf kerana mencuri makanan. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Monyet berjanji untuk tidak mencuri lagi dan tidak akan mengasingkan diri dari kawan-kawan yang lain.
Semenjak dari itu, si monyet menjadi kawan yang paling baik dan sering membuat kawan-kawannya terhibur dengan telatahnya dan sikapnya yang suka berjenaka.
PENGAJARAN
- Kita haruslah sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan kaum dalam kehidupan ini.
- Kita haruslah berbuat baik sesama sendiri supaya tidak membawa kesusahan kepada diri sendiri da juga orang lain.
- Janganlah sesekali mengamalkan perbuatan negatif seperti mencuri kerana ianya merupakan perbuatan yang tidak bermoral dan mengundang masalah.
- Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, begitulah dengan perbuatan jahat akan dibalas dengan kejahatan.
- Kehidupan persahabatan amat penting dalam kehidupan seseorang tidak kira manusia ataupun bukan manusia.
- Kehidupan yang bermuafakat akan menjadikan hidup lebih selesa, aman dan damai.
No comments:
Post a Comment