Sunday, 4 May 2014





Assalamualaikum wbt. Nama pensyarah kursus BSS3073 Kesusasteraan Melayu dalam Pembinaan Modal Insan Kumpulan B Semester 2 Sesi 2013/2014 ialah Dr. Norazimah binti Zakaria. Beliau merupakan anak kelahiran Jengka, Pahang. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Mazarul Hasan dan dikurnikan tiga orang puteri yang amat comel iaitu Khayra Zulaikha, Kaisara Amani dan Khadeeja Husna. Kini, Dr. Norazimah mengajar sepenuh masa di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau boleh dihubungi di talian 05-4506145 atau terus ke pejabat beliau yang terletak di Bangunan IPSI Tingkat 4.

Pencapaian:

Doktor Falsafah (PhD): Kesusasteraan Melayu, Universiti Malaya (2011)
Sarjana Sastera: Kesusasteraan Melayu, Unoversiti Sains Malaysia (2003)
Sarjana Muda: Kesusasteraan Melayu dan Bahasa Melayu, Universiti Sains Malaysia (2002)




Tinarenu A/P Munisviran
Semester 6
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian
Minor Kesusasteraan Melayu
Berasal dari Negeri Selangor
Menetap di Kolej Kediaman Za'ba
Naib Bendahari Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU)


Siti Noor Azzira binti Amran
Semester 6
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian
Minor Kesusasteraan Melayu
Berasal dari Negeri Kelantan
Menetap di Kolej Kediaman Za'ba
Manager di Dapur Rumahku


Sitti Hainun binti Mohd Imran
Semester 6
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian
Minor Kesusasteraan Melayu
Berasal dari Negeri Sabah
Menetap di Pangsapuri Bestari (KHAR Lama)
Manager di Pembongak No 1


Siti Faziera binti Tupar
Semester 6
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian
Minor Kesusasteraan Melayu
Berasal dari Negeri Johor
Menetap di Taman Bahtera
Taken :D



Mas Syahirah binti Mohamad Akhir
Semester 6
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian
Minor Kesusasteraan Melayu
Berasal dari Negeri Pulau Pinang
Menetap di Kolej Kediaman Za'ba
Suka Makan !

INGATAN HARI LAHIR IBU

Kasihmu ibu sentiasa mengikuti kami
Di mana saja kami berada
Kasih seorang ibu
Tidak akan berubah
Malahan semakin subur

Ibu tersayang
Selamat menyambut hari lahir
Semoga ibuku sentiasa gembira

Ibu
Ibu terlalu berharga buatku
Harap ibu mengerti
Yang ibu sentiasa dikasihi
Hari ini sepanjang hayat

Jangan bimbang ibu
Ibu kelihatan sentiasa muda
Ibu yang sentiasa menabur bakti
Bagi kejayaan kami
Semoga ibu selalu gembira
Doa kami

Anakmu yang sentiasa menyayangimu

*Jangan lupa tenaga yang paling kuat di atas bumi ini ialah kasih sayang- Nelson Rockfeller

Nilai Murni:
Ibu merupakan anugerah terindah yang dikurniakan kepada kita. Hargailah kehadirannya selagi dia msih bernafas. Terlalu banyak jasa dan sumbangan yang dicurahkan kepada kita dari kecil sehinggalah sekarang. Ibu, jasamu terukir indah di syurga :)

SKETSA: DI MANA CERMIN MATA CIKGU?

Sekali lagi, Seng, Aru dan Edi didenda oleh Cikgu Nasaruddin. Kali ini, mereka menyorokkan kotak pensel kepunyaan Azman.

Cikgu Nasaruddin  : Kenapa kamu sorok kotak pensil Azman?
Edi                       : Kami main-main sahaja, cikgu.
Aru                      : Lagipun kami telah pulangkan.
Cikgu Nasaruddin  : Main-main? Ini bukan kali pertama kamu buat seperti ini. Hah, suka tak berdiri atas                              kerusi macam ini?

Tiba-tiba, seorang pengawas mengetuk pintu kelas 2B.

Pengawas               : Cikgu, guru besar mahu jumpa cikgu.
Cikgu Nasaruddin    : Baiklah, terima kasih. Kelas, saya mahu kamu sambug latihan pada muka surat                                    14.Ketua darjah.....
Elmy                      : Saya, cikgu.
Cikgu Nasaruddin    : Pastikan pelajar-pelajar ini berdiri di atas kerusi. Saya keluar sebentar.

Cikgu Nasaruddin keluar menuju ke pejabat. Sepuluh minit kemudian, dia mameriksa kocek bajunya. Dia memandang ke arah meja guru. Kemudian, dia meluru ke arah Aru, Seng dan Adi.

Cikgu Nasaruddin    : Kamu, di mana cermin mata saya?
Aru                        : Errr.....
Cikgu Nasaruddin    : Oh, kamu hendak balas dendam ya?
Edi                         : Bukan, cikgu.
Cikgu Nasaruddin    : Mahu berdalih? Ketua kelas, di mana mereka sorokkan cermin mata saya?

Elmy bangu perlahan-lahan. Dia memandang Cikgu Nasaruddin. Wajahnya serba salah.

Elmy                        : Di... di atas kepala cikgu.  
Cikgu Nasaruddin      : Apa? (meraba-raba kepalanya)

Cikgu Nasaruddin malu sendiri. Dia meminta maaf kepada ketiga-tiga pelajar tersebut.

Cikgu Nasaruddin      : Sekarang, adakah kamu semua telah mendapat pengajaran daripada apa yang                                        berlaku? Sekiranya sekali kamu melakukan sesuatu kesalahan, masyarakat akan                                    kenal dan ingat kamu kerananya. Jadi, ubahlah sikap kamu bertiga. Janji?

Aru, Edi dan Seng       : Baik, cikgu. Kami berjanji.

*Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling berfaedah kepada orang lain.


Nilai Murni:
Kita sebagai seorang pelajar perlu menghormati guru pada setiap masa. Sikap kita mencerminkan keperibadian diri kita sendiri. Dalam sketsa di atas, pelajar terbabit dikenali dalam golongan pelajar yang nakal. Jadi, apabila sesuatu masalah berlaku, mereka akan menjadi orang pertama yang disyaki walaupun mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pelajarilah ilmu. Pelajarilah ilmu itu untuk ketenteraman, ketetapan hati dan kelembutan jiwa. Tunduklah dengan merendahkan diri kepada guru anda. (Saidina Umar al-Khattab)