Tuesday, 29 April 2014

REKA BENTUK KURIKULUM KURSUS DAN RANCANGAN INSTRUKSIONAL




UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

REKA BENTUK KURIKULUM KURSUS DAN RANCANGAN INSTRUKSIONAL


Fakulti                         :BAHASA DAN KOMUNIKASI
Jabatan                        :BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU
Semester                     :2
Sesi                             :2013/2014     
Nama Kursus              :KES. Melayu DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN      

Kod Kursus                 :BSS 3073

Jam Kredit                  :3        

Prasyarat                     :TIADA

(Bagi kursus dengan prasyarat, pelajar mestilah telah menduduki atau menduduki dan lulus berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh fakulti/pusat)

MAKLUMAT PENYELARAS:

Nama                         :Dr. NORAZIMAH BT ZAKARIA     
E-mel                          :norazimah@fbk.upsi.edu.my

Nombor Telefon         :05-4506145  

No. bilik                      :T4-B07 IPSI  


SINOPSIS KURSUS  :Kursus ini bertujuan untuk membangunkan modal insan di kalangan pelajar supaya mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni Kesusasteraan Melayu untuk memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran kompetensi, menerapkan nilai, budi bahasa, sahsiah unggul, moral, minda kelas pertama dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan pelajar.

OBJEKTIF KURSUS:
Pada akhir kursus pelajar boleh:
  1. Menjana idea untuk mendapatkan gambaran Pembinaan Modal Insan dalam Kesusasteraan Melayu mengikut konsep yang menarik dan mudah difahami.
  2. Mengenal pasti isi kandungan Pembinaan Modal Insan dalam Kesusasteraan Melayu.
  3. Melengkapkan diri dengan Modal Insan dalam Kesusasteraan Melayu.
  4. Menjalankan satu penyelidikan terhadap satu fenomena, situasi, isu, kes yang berkaitan dengan Modal Insan dalam Kesusasteraan Melayu.


RUJUKAN UTAMA :

Azhar Hj. Wahid dan Zawai Jahya (2009). Pendidikan Pembangunan Modal Insan. Tanjung
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Hashim Hj. Musa (2006). Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: Ke Arah Pembinaan Sebuah
Tamadun Dunia Alaf Ketiga. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu

Jelani Harun (2008). Undang-undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia

W.G. Shellabear (2005). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.


RUJUKAN TAMBAHAN       :
                                              
A.Samad Ahmad (1996). Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Harun Mat Piah et.al (2000).Kesusasteraan Melayu Tradisional Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Wan Abdul Kadir (2000). Tradisi dan Perubahan Norma dan Nilai di Kalangan Orang-orang
Melayu. Masfami Enterprise.

KAEDAH PENGAJARAN     :
1)    Kuliah dan perbincangan
2)    Tugasan kumpulan (penyelidikan)
3)    Tugasan individu
4)    Pembentangan

KAEDAH PENERAPAN KI    
       
AKTIVITI
/KI
KOM
KBKM
PBPM
PSK
PIM
ETIK
KU
Kuliah/ Latihan/ Forum/ Pembentangan





Petunjuk :
KOM – Kemahiran Berkomunikasi
KBPM – Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah
PBPM – Kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
PSK – Kemahiran Kerja Berpasukan
PIM – Kemahiran Kepimpinan
ETIK – Etika Profesional
KU – Kemahiran Keusahawanan




PENILAIAN PRESTASI PELAJAR:
1)Kerja Kursus
 Tugasan 1 – Tugasan Kumpulan (Penyelidikan)                                      20%
Tugasan 2 – Tugasan Individu                                                                 20%
Tugasan 3 – Amali/ Pembentangan (Kumpulan)                                      20%
2)Peperiksaan akhir                                                                                           40%
Jumlah                                                                                                              100%
PENILAIAN GRED KURSUS UPSI

Gred
Julat Markah
Nilai Gred
A
80 – 100
4.00
A-
75 – 79
3.75
B+
70 – 74
3.45
B
65 – 69
3.00
B-
60 – 64
2.75
C+
55 – 59
2.50
C
50 – 54
2.00
C-
45 – 49
1.75
D+
40 – 44
1.50
D
35 – 39
1.00
F
0 – 34
0.00

   
Minggu
Tajuk
Hasil Pembelajaran
Aktiviti P & P
KI
Rujukan
1




2



3



4

5 - 6






 7- 14


Pengenalan kepada kursus: Rancangan Instruksional, Pelaksanaan Kuliah, Pembentangan Kumpulan, Tugasan Kumpulan dan Pembahagian Markah serta Peperiksaan Akhir.
TOPIK 1
Pengertian Modal Insan dalam kesusasteraan Melayu
TOPIK 2
Cabaran dunia kesusasteraan Melayu


TOPIK 3
Pembinaan kekuatan dalaman melalui karya sastera

TOPIK 4
“Role Model” dalam kesusasteraan Melayu
TOPIK 5
Konsep nilai dan budi bahasa dalam karya sastera
Amalan Nilai dan budi bahasa dalam karya sastera
Nilai akhlak dalam karya prosa dan puisi Melayu
Masyarakat berbudaya dan bermoral dalam puisi Melayu

Persembahan/ Pembentangan Modul Pengajaran Kesusasteraan Melayu





Mengenal pasti konsep modal insan
Membincangkan cabaran dunia kesusasteraan Melayu. Contoh: melihat isu/kes semasa.
Mengenali dan Meneliti bahan sastera tradisi yang berkaitan. Contoh: karya agung, syair, dan pantun.
Membincangkan peranan “role model” dalam kesusasteraan Melayu.
Mengenal pasti contoh nilai, budi bahasa, dan akhlak dalam karya sastera. Contoh: nilai dan budi bahasa dalam pantun, syair dan karya agung

Berupaya menilai pemahaman sendiri dalam membuat persembahan atau pembentangan



Kuliah

Kuliah dan  Latihan


Menonton video dan you tube, membaca karya agung


Kuliah, Forum & Perbincangan

Kuliah, Forum & Perbincangan





Pembentangan




2 & 3

 3 & 4


3 & 4


3 & 4


3 & 4





3 & 4



Azhar Hj. Wahid (2009). Pendidikan Pembangunan Modal Insan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Wan Abdul Kadir (2000). Tradisi dan Perubahan Norma dan Nilai di Kalangan Orang-Orang Melayu. Masfami Enterprise

Semua buku rujukan yang berkaitan boleh digunakan.
Maklumat tambahan: boleh dicapai melalui capaian internet.

KEILMIAHAN MODAL INSAN

PENGENALAN MODAL INSAN

Hasrat kerajaan untuk memberikan penekanan terhadap pembangunan modal insan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah sangat luar biasa dan menyakinkan. Pelaburan dalam modal insan ini dilihat sebagai satu usaha kerajaan bagi meningkatkan daya tahan dan pertumbuhan ekonomi serta membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai sistem nilai yang boleh diteladani. Fokus akan diberikan kepada galakkan dan usaha membina serta membangunkan modal insan yang bersifat holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang teguh.

Terdapat pelbagai definisi mengenai modal insan. Ada yang melihat daripada perspektif ekonomi, sosial dan agama. Para pengkaji di Barat melihat daripada perspektif yang berbeza. Gary S. Becker berpendapat modal insan adalah berkaitan dengan ekonomi masyarakat dan negara kerana individu tidak dapat dipisahkan daripada pengetahuan, kemahiran, kesihatan ataupun nilai. Oleh sebab itulah pendapatan yang tinggi, kesihatan yang baik dan pembentukan nilai dan tabiat yang baik akan memberi kesejahteraan kepada kehidupan seseorang.

Beliau menekankan dua elemen yang penting sebagai pelaburan masa depan dalam modal insan iaitu pendidikan dan latihan. Bagi beliau, institusi pendidikan seperti sekolah, universiti, kelas komputer, pembelajaran kesihatan dan perbincangan-perbincangan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah meningkatkan aset insan itu sendiri. Oleh itu modal insan adalah harta terpenting yang ada pada seseorang yang membawa pendapatan kepadanya.

Seorang lagi sarjana yang melihat modal insan daripada perspektif ekonomi ialah Theodore W. Schultz yang memperkenalkan teori modal insan. Beliau berhujah menyatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran adalah elemen modal yang terhasil daripada pelaburan yang disengajakan. Contoh yang jelas ialah peningkatan hasil ekonomi di negara-negara Barat adalah kesan positif daripada pelaburan dalam modal insan. Dengan kata lain, wujud hubungan di antara peningkatan pelaburan modal insan dan peningkatan pendapatan pekerja. Selari dengan pandangan Gary S. Becker, Schultz turut bersetuju dengan konsep pelaburan modal insan ini. Jadi, negara-negara maju yang melabur dalam pendidikan, kesihatan dan latihan dalam jangka panjang akan menguatkan struktur ekonomi dan meningkatkan taraf hidup masyarakat mereka.

Manakala negara-negara membangun dan mundur masih mementingkan pelaburan jangka pendek bagi memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat perlindungan dan keselamatan.

Definisi modal insan dalam Islam sangat berbeza daripada Barat yang asasnya adalah fahaman kapitalis. Islam mengenal pasti pembangunan sumber manusia sebagai elemen terpenting dalam modal insan kerana sumber yang utama ialah individu. Modal insan tidak seharusnya dilihat dari sudut latihan, kemahiran, kepakaran, profesional, kelebihan maklumat dan sebagainya malah harus mempunyai ciri-ciri pembangunan ke atas insan yang menerapkan sifat-sifat amanah, jujur, berakhlak mulia, progresif, cergas dan bertamadun.

Keperluan dunia semata-mata tidak akan memberi kelebihan ke atas pembangunan modal insan kerana tujuan penciptaan manusia ialah jelas seperti maksud Surah Az-Zariyat ayat 56;

                     “Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”.

Hasil akhir yang cemerlang adalah tonggak utama pembangunan modal insan dalam Islam kerana Islam telah menyediakan satu sistem hidup yang lengkap dari mula lahir hinggalah ke akhir hayat. Konsep pembangunan sumber manusia dalam Islam adalah proses menyeluruh untuk membentuk insane yang berguna. Manusia yang lahir kelak akan menerima janji daripada Tuhannya iaitu ;

“Sekiranya penduduk sesuatu negeri itu bertakwa nescaya Kami akan membuka kepada mereka (pintu-pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi”. (Surah Al-A’raf ayat 96).

Modal insan yang diketengahkan oleh Islam bukan hanya melahirkan individu yang pakar, mahir ataupun profesional dalam bidang masing-masing tetapi penuh dengan nilai-nilai positif seperti amanah, jujur dan sebagainya. Pembentukan nilai-nilai ini tidak sekadar memenuhi kehendak organisasi malah untuk masyarakat dan negara.

Pendekatan fizikal melalui sesebuah dasar yang memberi fokus terhadap ekonomi tidak akan dapat memaksimumkan pembangunan modal insan. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang memberi perhatian terhadap membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, strategi seterusnya beralih kepada memberi keutamaan terhadap pembangunan jasmani dan rohani melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (1991-1995), (A.Aziz Deraman,2005). Perhatian yang lebih serius terhadap modal insan ini terserlah dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Keseriusan kerajaan terhadap pembangunan modal insan ini diterjemahkan sebanyak RM45.1 bilion yang diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program pendidikan dan latihan yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Sebanyak lapan teras Dasar Pembangunan Modal Insan yang telah digariskan iaitu :

1.Melaksanakan penambaikan serta komprehensif terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan.

2.Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia bagi meningkatkan perpaduan negara. Untuk tujuan ini, subjek bahasa Mandarin dan Tamil akan diperkenalkan.

3.Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi di antara sekolah luar bandar dan bandar termasuk menggantikan semua sekolah daif bagi menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar.

4.Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan majikan.

5.Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) yang berkualiti di semua peringkat.

6.Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh dan memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan.

7.Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, sistem nilai yang boleh diteladani dan budaya mengutamakan prestasi tinggi serta menghargai tradisi dan warisan.

8.Memperluas dan memperkemas forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

Permintaan ekonomi terhadap kualiti tenaga buruh dipertingkatkan dengan menambah peratusan kelompok ini yang mempunyai pencapaian pendidikan di peringkat tertiari. Dijangka pada tahun 2010, seramai 12.4 juta tenaga kerja ini diperlukan.

Pelaksanaan pembangunan modal insan di peringkat negara akan dijalankan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang akan bertanggungjawab menyediakan lebih banyak peluang pendidikan prasekolah, rendah dan menengah serta pendidikan guru yang berkualiti seterusnya meningkatkan peluang pendidikan tertiari yang berkualiti.

Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Belia dan Sukan akan mengambil tanggungjawab bagi menyediakan program latihan untuk meningkatkan kemahiran tenaga buruh.

Peranan pendidikan sentiasa mendapat perhatian utama oleh kerajaan yang memperuntukkan jumlah yang sangat besar dalam belanjawan tahunan. Justeru, agenda pembangunan sumber manusia perlu diutamakan dalam proses pembangunan sesebuah negara kerana modal insan adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan dan kemunduran masyarakat dan negara berkenaan.


KEPENTINGAN MODAL INSAN DALAM PENDIDIKAN

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan telah timbul kesedaran di kalangan para pemimpin dan rakyat Malaysia betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah demi memenuhi kehendak negara (Fadzilah Abdullah,1993).

Dasar Pendidikan Kebangsaan secara tidak rasminya bermula selepas pilihan raya 1955 setelah wujudnya manifesto oleh parti Perikatan untukmembentuk sistem pendidikan yang seragam dan bersepadu. Jawatankuasa pendidikan telah dibentuk pada tahun 1956 yang diketuai oleh Tun Abdul Razak. Laporan jawatankuasa ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956 yang dikenali sebagai Penyata Razak. Tumpuan khas Tun Abdul Razak dan jawatankuasanya ialah (Asnarul khadi Abu Samah, 1997):

1.Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang seragam.

2.Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

3.Memastikan bahasa dan kebudayaan lain dipelihara.

Undang-undang Pelajaran 1957 digubal dan diluluskan oleh Dewan Negara pada tahun 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 dan telah menghasilkan Laporan Rahman Talib.

Dasar Pendidikan Kebangsaan secara rasminya diisytiharkan pada tahun 1961 dan digubal berdasarkan kedua-dua laporan iaitu Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 (Zulhilmi Paidi & Rohani Abd. Ghani, 2003).

Sebuah jawatankuasa telah dibentuk pada tahun 1974 bagi mengkaji semula dasar pendidikan untuk menambah baik dan memantapkan pelaksanaan dasar sedia ada. Di samping itu matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersepadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan semasa rakyat yang terlatih untuk pembangunan negara (Fadzillah Abdullah, 1993). Laporan jawatankuasa ini telah ditambah keada Dasar Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi beberapa matlamat yang dikenal pasti iaitu (Asnarulkhadi Abu Samah,1997) :

1.Menyatukan sistem pelajaran bagi memupuk kesedaran dan perpaduan kebangsaan.

2.Memperluaskan serta mengubah suai rancangan-rancangan pelajaran dan latihan bagi memenuhi memenuhi keperluan tenaga kerja.

3.Memperbaiki mutu pelajaran bagi membina suatu masyarakat yang progresif berlandaskan sains dan teknologi moden.
4.Memperbaiki kemudahan-kemudahan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai objektif di atas.

Perkembangan modal insan di Malaysia telah bermula dengan terancang selepas negara mencapai kemerdekaan. Rancangan Lima Tahun yang diperkenalkan oleh kerajaan sentiasa menitikberatkan sumber manusia sebagai tumpuan. Kajian oleh NAFSA (National Association of Foreign Students in America) pada tahun 1985 meletakkan pelajar Malaysia di tangga kedua (32,000 orang) selepas Taiwan (35,000 orang) dari segi bilangan pelajar asing yang menuntut di sana.

Malaysia akan mencapai status negara maju kira-kira 14 tahun yang akan datang. Jangka masa ini akan diisi oleh generasi muda yang berada dalam masyarakat kita yang sedang ghairah meniti perkembangan usia dan mereka inilah akan merasai sepenuhnya nikmat negara maju. Merealisasikan Wawasan 2020 adalah suatu tugas yang penuh kebertanggungjawaban di atas bahu semua pihak khususnya peneraju pendidikan negara. Sembilan cabaran Wawasan 2020 yang sebahagian besarnya berkaitan pembangunan modal insan bermula dengan cabaran membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu dan berakhir dengan cabaran membentuk masyarakat yang makmur (Mahathir Mohamad,1991).

Melihat cabaran-cabaran ini yang begitu besar, pengisian terhadap sumber utama ialah prasyarat terhadap kemajuan sains dan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan.

Abad ke-19 adalah detik yang menyaksikan pelaburan modal insan secara sistematik tidak begitu diutamakan di semua negara. Keperluan terhadap pendidikan, latihan dalam kerja dan semua jenis pelaburan adalah begitu kecil. Perubahan secara radikal yang berlaku pada abad ini telah bermula di Great Britain setelah aplikasi dan pembangunan sains bagi mencipta barangan baru dan kaedah pengeluaran yang lebih cekap. Perubahan demi perubahan berlalu dan merebak ke negara-negara lain dalam masa yang singkat.

Pertumbuhan ekonomi yang sangat pantas pada abad ke-20 boleh dianggap sebagai era modal insan kerana taraf hidup, pembangunan ilmu, kemahiran, kesihatan dan produktiviti telah meningkat di negara-negara yang membuat pelaburan besar dalam pendidikan. Malaysia juga telah membuat pelaburan yang banyak bagi meningkatkan modal insan.


Pentingnya modal insan terhadap sesebuah negara boleh dilihat daripada pencapaian Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan negara-negara Asean yang pesat membangun. Negara-negara ini tidak mempunyai sumber semula jadi yang banyak bagi membangunkan negara masing-masing tetapi keupayaan mereka ialah “mengurus apa yang ada” sangat membanggakan. Mereka mempunyai masyarakat yang terlatih, berpendidikan, tenaga kerja yang gigih dan ibu bapa yang berdedikasi.

Pelaburan modal insan akan meningkatkan kebajikan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan. Usaha kerajaan Malaysia melaksanakan program pendidikan kepada seluruh lapisan masyarakat kena pada masanya kerana hasil daripada proses pembelajaran dapat membantu masyarakat berpendapatan rendah mengubah kaedah pemikiran, sikap dan amalan seterusnya menjayakan program kerajaan bagi mengurangkan tahap kemiskinan di kalangan rakyat berpendapatan rendah.

Masyarakat yang berpendidikan akan lebih cenderung membuat pelaburan ke atas kesihatan diri dan keluarga. Apatah lagi berkemungkinan pendidikan adalah satu-satunya faktor tunggal yang menentusahkan kesihatan dan jangka hayat.

Umpamanya di Amerika Syarikat dan negara-negara yang kaya, tidak ramai golongan terpelajar yang merokok. Tabiat merokok di Amerika Syarikat hanya terhad kebanyakannya kepada mereka yang tidak ada pendidikan dan pelajar sekolah yang tercicir.

Pendidikan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah membantu meningkatkan pengambilan makanan dengan cara melatih mereka untuk memilih makanan yang sihat, bersih dan segar. Secara umum, mereka yang berpendidikan lebih cenderung mengamalkan diet yang lebih baik.

Persekitaran ekonomi moden meletakkan pendidikan, latihan dan sumber-sumber ilmu pengetahuan sebagai sangat relevan walaupun dalam jangka masa 50 tahun. Perubahan di antara pendidikan dan tahap pendapatan boleh dilihat di banyak negara. United Kingdom contohnya, 40 tahun yang lepas menyaksikan para graduan memperolehi 40 hingga 50 peratus lebih pendapatan daripada lulusan sekolah tinggi. Mereka yang berpendidikan amat diperlukan di Korea Selatan sejak 20 tahun yang lepas bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.

Pendidikan dan latihan bukan sekadar menggalakkan pertumbuhan dan kecekapan ekonomi malah turut mengurangkan ketidaksamaan dan impak ke atas golongan yang tidak berkemampuan. Pendidikan merupakan kaedah paling berkesan kepada orang muda yang datang daripada kelompok miskin untuk meningkatkan tahap ekonomi kerana modal insan merupakan 90 peratus aset berharga untuk mana-mana penduduk sesebuah negara. Jurang pendapatan yang tidak seimbang pada sesebuah negara menjadi lebih besar apabila jurang dalam pendidikan menjadi besar.

Modal insan tidak banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi jika mereka yang terlibat tidak dilatih dengan berkesan. Jika sesebuah organisasi tidak cekap, pekerjanya akan mendapat kemahiran yang salah disebabkan insentif yang lemah. Sebagai contoh, sistem pekerjaan yang tidak menggalakkan pekerja terlatih mendapatkan gaji lebih tinggi akan memberi kesan terhadap pelaburan dalam meningkatkan latihan dan kemahiran mereka. Itulah yang berlaku ke atas bekas Kesatuan Soviet dan negara-negara komunis. Mereka mempunyai program pendidikan yang meluas dan menarik tetapi sistem ekonomi kekurangan kakitangan yang terlatih dan berkemahiran.

Institusi pendidikan mempunyai tiga peranan utama dalam masyarakat iaitu: 

(i) sosialisasi
(ii) menyediakan tenaga kerja
(iii) promosi integrasi dalam masyarakat.

Sosialisasi

Sosialisasi adalah proses pembelajaran sosial melalui pelbagai aktiviti seperti berfikir, bertaakul dan bertingkah laku sesuai dengan kehendak masyarakat. Oleh yang demikian kebanyakan negara telah menetapkan tempoh tertentu bagi kanak-kanak untuk melalui proses pendidikan formal. Dalam pada itu, terdapat kanak-kanak yang menghadiri kelas di luar masa persekolahan seperti kelas bahasa, agama, muzik tarian dan seni. 


Kepentingan pendidikan adalah jauh melebihi apa yang terdapat di dalam silibus. Sekolah adalah tempat belajar bagaimana untuk bersama dengan orang lain, patuh kepada peraturan, belajar bagaimana untuk belajar, menilai kebolehan diri dan berusaha memenuhi pengharapan masyarakat dan negara. Semua ini dapat menyediakan kehidupan dewasa yang lebih baik dengan meningkatkan keupayaan diri untuk bekerjasama dengan orang lain.

Menyediakan tenaga kerja

Sekolah dan institusi pendidikan turut mengajar pengetahuan dan kemahiran yang sangat berguna bagi pasaran kerja. Memandangkan gaji adalah sangat penting, persediaan ke arah prospek kerjaya yang baik sangat penting. Jika dahulu proses pemilihan kerjaya sebahagiannya ditentukan oleh keluarga, pada hari ini keputusan terhadap masa depan pelajar lebih banyak ditentukan oleh sekolah, institusi dan dasar kerajaan.

Terdapat beberapa sebab kenapa hal ini wajar berlaku. Pertama ialah bertambahnya pengkhususan terhadap ilmu dan kemahiran yang memerlukan tumpuan. Kedua ialah kebanyakan pekerja dewasa bekerja di luar kawasan kediaman yang kadangkala tidak diketahui oleh anak-anak. Keadaan ini meyebabkan anak-anak mereka tidak dapat memerhati dengan dekat jenis kemahiran yang ada pada ibu bapa. Ketiga ialah peningkatan tahap kelayakan bagi sesuatu jawatan. Sebahagian besar pekerjaan pada hari ini memerlukan pendidikan peringkat tertiari untuk mendapatkannya.

Promosi integrasi dalam masyarakat

Pendidikan adalah kaedah yang sangat penting untuk proses integrasi pelbagai kaum dan latar belakang. Perbezaan budaya memberi pelbagai dimensi terhadap usaha mempromosi integrasi. Pendidikan memberi ruang yang banyak bagi penyuburan nilai-nilai positif, menghormati antara satu sama lain dan kesedaran memberi sumbangan ke arah kesatuan masyarakat.

REFORMASI PENDIDIKAN

Malaysia bersama-sama negara-negara Asean yang lain sedang berhadapan dengan cabaran yang tidak dapat dijangka dan salah satu daripadanya ialah ekonomi pengetahuan (k-ekonomi) iaitu pengumpulan pengetahuan dan menggunakannya secara produktif. Pembangunan ekonomi sangat penting mengambil kira k-ekonomi dan sedang dipergiatkan oleh kerajaan. Kualiti modal insan negara dilihat sebagai penentu utama kejayaan sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan.

Terdapat beberapa usaha yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menjadikan Malaysia sebagai “hub” untuk pendidikan tinggi seperti menarik kemasukan pelajar-pelajar luar negara, membenarkan universiti luar membuka cawangan, kerjasama pintar di antara universiti tempatan dan luar negara dan penubuhan kampus pengajian oleh beberapa institusi Malaysia di luar negara. Kawalan kualiti ke atas institusi pendidikan tinggi bagi mencapai taraf antarabangsa akan menjadi mantap dengan penubuhan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) nanti.

Pengantarabangsaan universiti adalah satu langkah yang sangat tepat bagi menjadikan Malaysia mempunyai universiti bertaraf global supaya para pensyarah dan penyelidik dapat bekerjasama dengan para akademik daripada luar negara. Bagi merealisasikan hasrat berkenaan, globalisasi adalah elemen utama bagi mendapatkan tenaga kepakaran dari seluruh dunia untuk memenuhi fakulti-fakulti di universiti dengan tenaga pengajar yang bertaraf dunia. Mereka ini bukan sahaja bertindak sebagai memberi nilai tambah terhadap imej dan kedudukan universiti malah terhadap kerajaan dan organisasi antarabangsa.

Pembinaan modal insan melalui pendidikan harus bermula seawal yang boleh dan berbentuk formal supaya sistem yang dilalui oleh seseorang itu akan menghasilkan produk yang sama di semua tempat. Pembentukan nilai bagi hidup seseorang bermula sejak kecil iaitu ketika perkembangan mental dan fizikal sedang pesat berlaku (Siegler & Alibali,2005). Umur kritikal ketika ini ialah tiga hingga lima tahun. Pembentukan mental umpamanya, amat pesat semasa kanak-kanak berumur tiga tahun dan masa inilah proses pembelajaran mudah berlaku. Penyerapan maklumat dan informasi amat pantas dan mudah berlaku kerana bagi memenuhi keperluan perkembangan mental tersebut.

Pelaburan bagi membina asas pendidikan prasekolah tidak boleh dipandang mudah begitu sahaja ketika ini kerana penyelidikan dalam kaedah pembelajaran dan pengajaran prasekolah sangat cepat berubah. Infrastruktur yang sempurna dan tenaga pengajar yang profesional di samping sokongan ibu bapa adalah antara prasyarat yang perlu bagi membentuk warganegara kecil yang mempunyai nilai dan jati diri yang positif.

Hasrat kerajaan untuk menerapkan pendidikan awal sebagai asas melahirkan generasi muda yang lebih hebat dan menjadi modal insan yang berguna kepada negara amat dihargai. Pembangunan pendidikan prasekolah adalah di antara fokus utama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Sebanyak 1400 tadika baru akan dibina yang melibatkan kos RM450 juta. Tadika-tadika yang uzur dan usang akan dibaik pulih dan dinaik taraf supaya para pelajar dapat berada dalam suasana pembelajaran yang lebih sesuai. Bagi membolehkan ia berkembang, modal insan perlu dilaburkan dalam persekitaran yang betul dan berupaya memberi pulangan yang maksimum. Pendidikan awal usia adalah sangat perlu kerana bagi jangka masa panjang, Malaysia memerlukan sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan.

Kajian Kementerian Pelajaran telah mendapati 165,000 pelajar di negara ini masih buta huruf. Daripada jumlah ini, 125,000 orang adalah pelajar sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah.

Kajian oleh seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia pada April 2005 mendapati masih ramai murid yang tertinggal dalam pelajaran termasuk tidak tahu membaca, menulis dan mengira (3M).

Kajian ini melibatkan pencapaian murid-murid Tahun Satu di 121 buah sekolah luar bandar di Pulau Pinang pada tahun 2003. Hasil kajian mendapati 59 peratus masih belum dapat mengenal pasti 26 abjad; 17 peratus belum lagi mengenal sebutan suku kata yang mudah dan 24 peratus masih kurang lancar membaca.

Kemahiran asas mengira turut didedahkan melalui kajian ini yang mana didapati 12 peratus murid dapat mengira di bawah angka 10, 23 peratus tidak yakin dengan tambah dan tolak (bawah angka 10) dan 12 peratus tidak tahu hendak mendarab atau membahagi.

Kelemahan kemahiran asas akan membantutkan hasrat negara untuk mencapai tahap “pendidikan kelas dunia”. Infrastruktur yang baik tidak dapat membantu jika kemahiran asas tidak diperkasakan.

Program terkini yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bagi mengatasi masalah ini ialah Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis atau KIA2M pada awal tahun 2006. Matlamatnya ialah untuk mempastikan 100 peratus pelajar Tahun Satu mampu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.

Bagi mempastikan pelajar-pelajar Islam lancar dan fasih membaca al Quran, Bahasa Arab dan Jawi, kerajaan memperkenalkan j-QAF untuk membentuk generasi pelajar yang berkemahiran dalam pelbagai bidang seperti ilmu pengetahuan, ekonomi, budaya, nilai-nilai moral dan ketahanan diri. Seramai 30,000 orang guru diperlukan untuk melaksanakan program ini.


PENDIDIKAN DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN

Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda, jiwa dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.

Daripada perspektif yang berbeza, bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Jepun dan Korea Selatan adalah dua buah negara yang aset materialnya sangat sedikit, berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan negara mereka setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Dua belas tahun yang lalu, Gary S. Becker, penerima Hadiah Nobel dalam ekonomi pada tahun 1992 menyatakan bahawa perkara terpenting untuk menarik pelaburan asing bukanlah kerana sesebuah negara itu mempunyai golongan elit atau rakyat yang terpelajar. Faktor yang utama ialah golongan pekerja khususnya yang mempunyai tahap literasi yang tinggi, budaya kerja yang positif dan potensi mendapatkan pengetahuan bagi membentuk kemahiran-kemahiran baru. 

Pengaruh ketiga-tiga elemen ini sangat ketara kerana pekerja yang berupaya menerapkan budaya ilmu dan mahir dalam bidangnya adalah mereka yang akan menghasilkan produk berkualiti seperti yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat luar yang membuat pelaburan. Inilah keputusan pertama yang akan difikirkan dan isu utama yang diberi penekanan oleh pelabur luar negara.

Generasi muda Malaysia pada hari ini memperuntukkan masa yang lebih lama di sekolah iaitu 11.5 tahun. Oleh itu, asas pendidikan formal yang dilaksanakan kini oleh kerajaan sangat memberangsangkan kerana 95 peratus daripada rakyat negara ini celik huruf. Pertambahan bilangan institusi pengajian tinggi awam dan swasta akan turut mempercepatkan proses pembangunan modal insan kerana rakyat yang terpelajar adalah kunci kepada pembentukan negara maju pada tahun 2020 nanti.

Modal insan adalah teras kepada pembangunan sesebuah negara. Pembangunan aspek modal insan sangat penting bagi menjadikan negara lebih berdaya saing. Ia sememangnya menjadi cabaran utama untuk mencapai Wawasan 2020. Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran berpotensi memiliki modal insan yang besar untuk dirinya sendiri, masyarakat dan negara. Bersusah payah meningkatkan tahap pendidikan adalah usaha murni yang hanya akan dikecapi dalam jangka masa panjang. Ia selari dengan perkembangan dunia yang menyaksikan persaingan sihat antara negara untuk memperkasakan pendidikan masing-masing.

Pendidikan menguatkan pembinaan modal insan. Individu yang berpendidikan lebih berjaya di tempat kerja dan kurang memerlukan bantuan. Keluarga yang berpendidikan juga akan membantu memperkukuhkan modal insan setiap individu yang ada di dalamnya. Modal insan yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional yang kedua iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas pertama”. Sepanjang tempoh RMK-9, kerajaan akan terus giat membangunkan modal insan untuk memacu transformasi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.

Di sekolah, para guru membangunkan dan menerapkan silibus yang menekankan nilai-nilai seperti patuh kepada peraturan, berkongsi dan bekerjasama dalam konteks yang luas. Kesedaran untuk berkongsi pengalaman dan memahami peranan masing-masing boleh meningkatkan kepercayaan masyarakat umum terhadap keharmonian negara pada masa depan.

Kesungguhan kerajaan meletakkan 40 peratus daripada rakyat Malaysia mendapat pendidikan peringkat tertinggi sebagai tanda aras untuk mencapai status negara maju sebelum tahun 2020 adalah cabaran kepada semua pihak. Halangan kewangan bukanlah masalah besar kerana kerajaan sendiri sentiasa memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang besar setiap kali belanjawan tahunan dibentangkan. Ahli sosiologi Islam tersohor, Ibnu Khaldun memberi ingatan melalui buku Mukadimah bahawa kecemerlangan sesebuah tamadun akan hilang apabila nilai dan budaya keseronokan yang melampau menjadi kompas yang dijunjung di kalangan masyarakat. Pendidikan yang membina modal insan masyarakat dan negara adalah sangat penting dan perlu terus diberi perhatian.

RUJUKAN

A.Aziz Deraman, (2005) . Intelektualisme budaya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A.Jawan, (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang : Penerbit Universiti                  Putra Malaysia.

Fadzilah Abdullah, (1993). Dasar Pendidikan Kebangsaan. dalam Yusuf Ismail & Khayati Ibrahim (ed.)                    Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur : A.S. Nordeen.

Federico R.C & Whitaker W.H, (1997). Social Welfare in Today’s World. New York : MMcGraw-Hill.                    Second Edition.

Ibnu Khaldun, (1993). Mukadimah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Karya terjemahan                            Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

Ibrahim Ahmad Bajunid, (2005). Pendidikan sepanjang hayat; Cabaran revolusi cara fikir dan cara                    hidup kualiti tinggi. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Kongres Pendidikan Melayu Ke-2,                   Persekutuan  Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu. Kuala Lumpur.

Mahathir Mohamad, (1991). Malaysia melangkah ke hadapan. Kuala Lumpur: Pecetakan Nasional.

Mohamad Zahir Zainudin, (2005). Memperkasa Pendidikan di Malaysia : Kelangsungan                                     Kecemerlangan. Dalam Malaysia Isu-Isu Sosial Semasa. Kuala Lumpur : Institut Sosial Malaysia.

Mohd Amim Othman, (2004). Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan. Dalam Golongan                             Berpendapatan  Rendah ; Realiti dan Cabaran. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.





KEILMIAHAN KESUSASTERAAN MELAYU

DEFINISI KESUSASTERAAN

Kesusasteraan merupakan suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan ‘kesusasteraan’ ini terbentuk daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘susastera’ yang bermaksud huruf atau buku yang indah. Perkataan ‘su’ membawa makna elok, indah atau molek. Perkataan ‘sas’ pula bererti ajarkan, berikan panduan atau arahkan. Manakala perkataan ‘tera’ pula dimaksudkan sebagai media, karya, bahan atau alat yang yang berasal daripada gagasan pemikiran pengarang (Nik Hassan Basri, 2005). Menurut M.K Danziger (1983), beliau berpendapat bahawa “kesusasteraan merupakan seni yang menggunakan kata-kata tanpa memperhitungkan persoalan sama ada kata-kata tersebut dalam berbentuk tulisan ataupun sekadar ucapan iaitu lisan.



Perkataan komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan “komponen” dan “kesusasteraan Melayu”. Komsas merupakan komponen dalam subjek bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran Komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah  Menengah (KSSM), Tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah diperuntukkan dua waktu dalam seminggu untuk pembelajaran dan pengajaran (P&P) kesusasteraan Melayu ini.                                   
 Menurut Nik Hassan Basri (2007), nama lain bagi komsas ialah ‘s’ kecil. Menurut beliau, suatu ketika dahulu, komsas yang dikenali sebagai unsur kesusasteraan atau ‘s’ kecil adalah amat berbeza dengan huruf ‘S’ besar yang mewakili konsep kesusasteraan sebagai mata pelajaran atau pendidikan kesusasteraan Melayu yang sebenar, khususnya dari segi matlamat, objektif pengajaran dan pembelajaran serta penilaian atau peperiksaan yang menggunakan keadah atau caranya yang tersendiri. Hal ini demikian kerana, kewujudan ‘S’ besar dan ‘s’ kecil sudah lama wujud dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu sejak sebelum perang lagi.



Komsas juga membawa maksud mengajarkan unsur-unsur ilmu kesusasteraan Melayu seperti struktur karya, tema, persoalan, watak, gaya, latar, bahasa, amanat, bentuk, teknik, nilai, keindahan dan unsur budaya (Modul Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Tingkatan 4 dan 5, 2003). Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) bahawa dalam konteks pendidikan, perkataan kesusasteraan didefinisikan sebagai karya bahasa  yang menyatakan pengalaman dan perasaan manusia secara kreatif dan di dalamnya terkandung gambaran masyarakat dan nilai-nilai hidup. Tambahnya lagi, berasaskan tafsiran tersebut, kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah seperti yang berikut ( Nik Hassan Basri Nik Abd Kadir, 2005:3):

a)     Karya asal yang ditulis dalam bahasa Melayu, waima karya jenis bertulis mahupun karya jenis   lisan yang direkodkan.
b)      Karya yang berbentuk seperti novel, cerpen, sajak, drama, cereka klasik dan puisi klasik.
c)   Karya yang berfungsi sebagai alat pendidikan untuk mengimbangkan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani.
d)     Karya yang mencerminkan nilai, jiwa dan pemikiran masyarakat.
e)      Karya yang mempunyai unsur keindahan dan kehalusan.
f)    Karya yang mendukung nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Unsur-unsur yang terdapat dalam karya kesusasteraan adalah seperti keindahan dan kehalusan. Kesusasteraan juga mendukung nilai murni daripada segi kerohanian keintelektualan, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kewarganegaraan.

Jelaslah bahawa definisi tersebut telah merumuskan bahawa konsep kesusasteraan terdiri daripada dua bahagian iaitu kesusateraan itu sebagai objek yang digambarkan secara sedar atau tidak dan unsur-unsur di luarnya sendiri, iaitu telah mengalami proses perubahan dan penyesuaian. Malah, konsep kesusasteraan itu akan membuka perspektif baharu terhadap apresiasi dan penikmatan hasil karya kesusasteraan yang dapat kita rasakan bahawa teks kesusasteraan itu merentasi pelbagai ilmu sains sosial, falsafah, geografi, sejarah, bahasa, ekonomi, matematik, politik dan sebagainya.

  LATAR BELAKANG KOMSAS

i)                    Bidang Kesusasteraan
Kesusasteraan merupakan bidang yang begitu umum dan diperkatakan oleh ramai pihak terutamanya penulis dan pembicara serta golongan pendidik, pelajar dan masyarakat. Dalam fahaman kasar, kesusasteraan selalu dihubungkaitkan dengan karya-karya yang ditulis, iaitu hasil daripada peradaban satu-satu masyarakat. Pengertian sedemikian lebih tepat lagi bagi berbicara mengenal apa yang dikatakan dengan persuratan kegiatan penulis yang merangkumi segala bentuk ciptaan bertulis seperti buku-buku hukum atau undang-undang, ilmu pengetahuan umum, ilmu bintang dan lain-lain.                                                                    

Kesusasteraan mempunyai nilai-nilai kehalusan, perasaan, intuisi, harapan, emosi dan lain-lain jenis unsur kejiwaan. Unsur kehalusan baik daripada sudut bentuk, isi dan maknanya merupakan sifat utamanya yang membezakan daripada karya-karya tertulis yang barangkali bercorak deskriptif dan informatif semata-mata. Cara lain setengah-setengah sarjana membezakan di antara karya berbentuk sastera dan bukan sastera itu pada dasarnya hasil imaginasi manusia.                           

Bahasa merupakan medium utama semua karya kesusasteraan. Bahasa bukan monopoli kesusasteraan tetapi bahasa juga digunakan di dalam perhubungan yang lain. Oleh hal yang demikian, bahasa sebagai alat perhubungan, dapat ditafsirkan bahawa kesusasteraan itu memenuhi fungsi komunikasi. Sastera adalah hasil ciptaan yang menggunakan bahasa yang sifatnya konotatif yang mempunyai organisasi dengan unsur-unsur yang berkaitan antara satu yang lain. Hasil-hasil ini mengandungi anasir-anasir estetika yang secara sedar atau tidak datangnya dari keinginan pengarang untuk mempengaruhi pembaca supaya mereka dapat bersimpati dengan apa jua penulisan pengarang.                                               

Secara rumusannya, dapatlah dikatakan bahawa penulis-penulis adalah merupakan pewaris dan pemanjang kebudayaannya. Dengan hal yang demikian, tulisan-tulisan kesusasteraan itu juga merupakan hasil yang merakamkan makna-makna kebudayaan yang dapat dilukikan oleh pengarang itu di dalam satu zaman tertentu.

ii)                  Sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran yang memasukkan kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Melayu telah dikeluarkan oleh pihak kementerian melalui Pusat Perkembangan Kurikulum. Kemahiran-kemahiran dibahagikan kepada dua iaitu Kemahiran Bahasa dan Kemahiran Sastera. Namum begitu, tidak semua Kemahiran Bahasa mempunyai kemahiran Sastera. Hal ini demikian kerana, ia bergantung kepada jenis kemahiran dan kesesuaiannya dengan unsur kesusasteraan ataupun berkaitan dengan teks yang dikaji.


KEPENTINGAN KESUSASTERAAN

Kesusasteraan Melayu boleh memainkan peranan yang penting dalam pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah pemikiran dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan murid-murid atau kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain. Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan sahaja memikat intelek peminat dan deria rasanya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan yang huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah tersebut.                                                                                                                         

Bukan itu sahaja, unsur-unsur kesusasteraan yang dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dapat mendidik murid-murid untuk mengamalkan keperibadian yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan.                                                                                         

Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu akan dapat memotivasikan murid untuk belajar melalui bahan-bahan yang dibaca. Dengan hal yang demikian, bahan yang dibaca atau yang didengar akan menyalurkan pemikiran yang positif, kreatif dan kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Bahan-bahan komponen kesusasteraan Melayu akan dapat menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap topik yang akan disampaikan. Situasi atau keadaan ini akan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam proses pembelajaran secara berterusan. Malahan juga, semangat cinta akan tanah air akan tersemai dalam diri setiap murid sekiranya mereka didedahkan dengan pengajaran kesusasteraan Melayu dalam proses pembelajaran mereka itu. Sebagai contoh, dalam pengajaran dan pembelajaran sajak “Di Ruang Gemanya” (Kerusi, 2002), murid-murid akan didedahkan dengan unsur-unsur patriotik, perpaduan negara dan kebudayaan kebangsaan.




 SEJARAH PERKEMBAGAN KESUSASTERAAN MELAYU

Sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu pada dasarnya melihat karya sastera dari sudut daya kreatif manusia. Menurut Ismail dalam kata pengantar buku Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, perkembangannya mengikut kronologi zaman bermula dari zaman sebelum mengenal huruf dan diikuti zaman Hindu dan Islam. Manakala menurut Safian Hussain (1981), kesusasteraan Melayu Moden pula bermula dengan kedatangan penjajah barat ke Alam Melayu.                                                                

Hal ini bererti, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu bermula dalam bentuk sastera lisan dan diikuti dengan sastera yang bercorak tulisan pada zaman Islam. Meskipun terdapat empat peringkat dalam perkembangan kesusasteraan, pada realitinya mengikut sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu, ia hanya melibatkan tiga peringkat perkembangan kerana sastera dari pengaruh Hindu hanya ditulis pada zaman selepas kedatangan Islam ke Alam   Melayu.                                                                           

Sebelum masyarakat Melayu mula mengenali huruf, sastera berbentuk lisan telah berkembang dengan meluas dalam kalangan masyarakat Melayu purba. Oleh hal yang demikian, dalam memperkatakan tahap-tahap perkembangan sastera Melayu, maka sastera rakyat yang berbentuk lisan merupakan sastera Melayu yang paling tertua dalam masyarakat Melayu.  

Menurut Shamsudin Othman (2006:301) dalam Kertas Kerjanya yang bertajuk “Hala Tuju Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dalam Wahan Pendidikan Nasional” menyatakan bahawa hubungan bahasa Melayu dengan Kesusasteraan Melayu wujud sejak ratusan tahun yang dahulu. Hubungan ini dibentuk melalui media tulisan seperti terakam dalam ribuan nafkah karya kesusasteraan tradisional Melayu khususnya yang dipelajari oleh Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir melalui Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Hikayat Abdullah pada pertengahan kurun ke-19.


Tujuan pengenalan komponen sastera dalam kurikulum bahasa Melayu merupakan satu dasar yang bijak. Di samping memberikan pendedahan yang asas sastera Melayu kepada para pelajar, pembelajarannya juga mampu untuk  meningkatkan lagi mutu penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dari segi kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kejayaan setakat ini telah memberikan suntikan yang berkesan pada kedudukan sastera dalam kurikulum sekolah manakala kelemahan yang dikenal pasti boleh memberikan panduan tentang apa yang perlu diperbaiki.     

Pengenalan komponen sastera  diharapkan dapat membina para pelajar yang gemar membaca sepanjang hayat dan secara tidak langsung juga dapat dididik membaca karya sastera yang bermutu tinggi. Melalui pengajaran dan pembelajaran komponen sastera, apresiasi sastera dapat dipertingkatkan dalam kalangan pelajar. Justeru dapatlah dikatakan bahawa pendidikan bahasa Melayu sekolah menengah bukan sahaja mampu untuk melahirkan insang yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaa tetapi juga bertujuan untuk melahirkan murid yang memiliki ketrampilan dalam bahasa dan sekaligus menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.                  

Pengajaran kesusasteraan Melayu penting dalam pembinaan manusia yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, intelek dan rohani (JERI), matang dan beretika tinggi. Pengajaran kesusasteraan Melayu, KOMSAS merupakan komponen yang penting kepada para pelajar, bukan sekadar untuk menghafal cerita, malah karya komsas yang disenaraikan dalam bahasa Melayu adalah kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan, nilai, budaya dan pengalaman, etika dan sebagainya. Bahkan aspek ini didapati dalam dunia keilmuan kesusasteraan yang tidak ada akhirnya yang sekali gus memancarkan perkembangan tamadun sesuatu bangsa termasuklah budaya dan evolusi masyarakat majmuk.                                                                                                                              
Dengan hal yang demikian, tidaklah lagi akan timbul permasalahan atau perkara yang mengelirukan guru dan pelajar kerana hakikatnya, pengajaran dan  pembelajaran komsas dapat memperlengkapkan pengetahuan dan persediaan untuk mengajar dan belajar dengan yakin.


RUJUKAN

Ariff Mohamad dan Siti Khairiah Mohd Zubir. (2009). Kesusasteraan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Salam. Sdn. Bhd.

Ismail Hamid. (1988). Perkembangan kesusasteraan Melayu lama. Kuala Lumpur: Logman Publication Sdn. Bhd.

Kamaruzaman Abdullah. (2002). Komponen sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah di Malaysia: Simposium Pendidikan Bahasa Melayu 2002. Peringkat Kebangsaan, Maktab Perguruan Besut Terengganu.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kemelut komponen sastera dalam Bahasa Melayu”.dipetik dari Berita Harian, 28 April 2011. Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Gema sepi gadis genius tingkatan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rasdi Saamah. (2002). Pelaksanaan Komsas dalam Pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Satu Tinjauan. Kuala Lumpur: Institusi Perguruan Tengku Ampuan Afzan.

Naffi Mat. (2005). Teknik mengajar Komsas komponen sastera. Selangor: PTS Professional.

Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir. (2005). Citra komsas. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idirs.

Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir. (2007). Kewajaran pengajaran Komsas dalam Bahasa Melayu. Jurnal Peradaban Melayu Jilid 5. Diambil pada 20 Mac 2014 dari http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/jurnal-peradaban-melayu.

Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir. (2007). Komsas pegangan teras keterampilan. Kuala Lumpur: Icon Region Sdn. Bhd.

Samsina Abd Rahman. (1998). Falsafah dan pengajian kesusasteraan Melayu. Bangi: Universiti Putra Malaysia.

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari. (2006). Bahasa Melayu dimesi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.