Sunday, 4 May 2014

SKETSA: DI MANA CERMIN MATA CIKGU?

Sekali lagi, Seng, Aru dan Edi didenda oleh Cikgu Nasaruddin. Kali ini, mereka menyorokkan kotak pensel kepunyaan Azman.

Cikgu Nasaruddin  : Kenapa kamu sorok kotak pensil Azman?
Edi                       : Kami main-main sahaja, cikgu.
Aru                      : Lagipun kami telah pulangkan.
Cikgu Nasaruddin  : Main-main? Ini bukan kali pertama kamu buat seperti ini. Hah, suka tak berdiri atas                              kerusi macam ini?

Tiba-tiba, seorang pengawas mengetuk pintu kelas 2B.

Pengawas               : Cikgu, guru besar mahu jumpa cikgu.
Cikgu Nasaruddin    : Baiklah, terima kasih. Kelas, saya mahu kamu sambug latihan pada muka surat                                    14.Ketua darjah.....
Elmy                      : Saya, cikgu.
Cikgu Nasaruddin    : Pastikan pelajar-pelajar ini berdiri di atas kerusi. Saya keluar sebentar.

Cikgu Nasaruddin keluar menuju ke pejabat. Sepuluh minit kemudian, dia mameriksa kocek bajunya. Dia memandang ke arah meja guru. Kemudian, dia meluru ke arah Aru, Seng dan Adi.

Cikgu Nasaruddin    : Kamu, di mana cermin mata saya?
Aru                        : Errr.....
Cikgu Nasaruddin    : Oh, kamu hendak balas dendam ya?
Edi                         : Bukan, cikgu.
Cikgu Nasaruddin    : Mahu berdalih? Ketua kelas, di mana mereka sorokkan cermin mata saya?

Elmy bangu perlahan-lahan. Dia memandang Cikgu Nasaruddin. Wajahnya serba salah.

Elmy                        : Di... di atas kepala cikgu.  
Cikgu Nasaruddin      : Apa? (meraba-raba kepalanya)

Cikgu Nasaruddin malu sendiri. Dia meminta maaf kepada ketiga-tiga pelajar tersebut.

Cikgu Nasaruddin      : Sekarang, adakah kamu semua telah mendapat pengajaran daripada apa yang                                        berlaku? Sekiranya sekali kamu melakukan sesuatu kesalahan, masyarakat akan                                    kenal dan ingat kamu kerananya. Jadi, ubahlah sikap kamu bertiga. Janji?

Aru, Edi dan Seng       : Baik, cikgu. Kami berjanji.

*Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling berfaedah kepada orang lain.


Nilai Murni:
Kita sebagai seorang pelajar perlu menghormati guru pada setiap masa. Sikap kita mencerminkan keperibadian diri kita sendiri. Dalam sketsa di atas, pelajar terbabit dikenali dalam golongan pelajar yang nakal. Jadi, apabila sesuatu masalah berlaku, mereka akan menjadi orang pertama yang disyaki walaupun mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pelajarilah ilmu. Pelajarilah ilmu itu untuk ketenteraman, ketetapan hati dan kelembutan jiwa. Tunduklah dengan merendahkan diri kepada guru anda. (Saidina Umar al-Khattab)



No comments:

Post a Comment